Dalam membuat pemilihan peranti, salah satu aspek yang dilihat oleh sesetengah pengguna adalah sambungan berasaskan USB Type-C. Ia merupakan sambungan USB generasi baru yang sedia digunakan pada peranti keluaran terkini. Berbeza dengan mikroUSB, sambungan USB-C ini membolehkan pengguna menyambung kabel pada mana-mana arah, tanpa perlu melihat dahulu bentuk hujung kabel sebelum ia disambungkan ke peranti.
Antara kelebihan lain pada USB-C, ia juga akan menjadi sambungan sejagat pada kesemua peranti akan datang. Bermakna, peranti-peranti anda pada akan datang hanya bergantung kepada penggunaan kabel ini. Kabel USB-C ini bukan hanya boleh mengecas atau memindahkan data, tetapi turut boleh dijadikan kabel untuk memacu paparan monitor dan peralatan audio, sekiranya peranti tersebut menyokong kedua-dua fungsi ini.
Untuk itu, di dalam artikel ini, kami menyenaraikan 10 telefon dengan USB-C yang anda boleh dapat di bawah RM1000. Kesemua telefon yang dipaparkan ini adalah mengikut harga rasmi yang dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar di Malaysia. Susanan peranti di bawah adalah mengikut nilai dari segi penawaran fungsi dan spesifikasi yang ditawarkan.
Xiaomi Mi A1
Xiaomi Mi A1 menjadi peranti sulung Xiaomi dengan penawaran program Android One. Ia merupakan peranti kembar kepada Xiaomi Mi 5X yang dijana dengan antaramuka berasaskan MIUI. Dengan penggunaan Android One, peranti ini dapat menikmati pengalaman Android terbaik, melalui tampilan Android asli dan sokongan kemaskini Android yang lebih pantas.
Antara fungsi yang menarik pada peranti ini, ia hadir dengan sistem dwi-kamera yang membolehkan pengguna membuat zoom optikal sebanyak dua kali. Ia juga hadir dengan fungsi IR blaster yang membolehkan peranti ini dijadikan sebagai alat kawalan jauh untuk mengawal perkakasan elektrik.
Spesifikasi:
- 5.5” IPS LCD, FHD, 16:9, 403ppi
- Qualcomm Snapdragon 625 (14nm)
- 8 x Cortex-A53 2.0 GHz
- Adreno 506
- 4GB RAM / 32GB + mikroSD
- 12MP f/2.2 + 12MP f/2.6 (Utama) / 5MP (Hadapan)
- Bluetooth 4.2, Wi-Fi 802.11 b/g/n/ac
- 3080 mAh, pengecasan 10W
- Android 8.1 Oreo / Android One
Nubia M2
Nubia M2 hadir dengan penawaran peranti kelas pertengahan yang cukup menarik untuk harganya. Ia menampilkan paparan berasaskan AMOLED dengan kualiti paparan yang lebih baik berbanding IPS LCD biasa. Ia juga menyertakan sokongan dwi-kamera RGB dan monokrom, kapasiti bateri yang besar, bersama fungsi pengecasan pantas NeoCharge 18W.
Spesifikasi:
- 5.5” AMOLED, FHD, 16:9, 401ppi
- Qualcomm Snapdragon 625 (14nm)
- 8 x Cortex-A53 2.0 GHz
- Adreno 506
- 4GB RAM / 64GB + mikroSD
- 13MP RGB + 13MP B/W (Utama) / 16MP f/2.0 (Hadapan)
- Bluetooth 4.1, Wi-Fi 802.11 b/g/n/ac
- 3630 mAh, NeoCharge 18W
- Android 6.0 Marshmallow
Neffos N1
Neffos N1 menawarkan sebuah peranti kelas pertengahan dengan fokus kepada keupayaan kamera. Rekaannya belakangnya mirip seperti Huawei P10 dengan tampilan binaan logam yang kelihatan menawan. Fungsi penggambarannya dilengkapi dengan sokongan dwi-kamera Sony IMX386 bagi penghasilan gambar yang lebih baik. Ia juga hadir dengan fungsi pengecasan pantas 18W untuk menyingkatkan lagi masa pengecasan peranti ini.
Spesifikasi:
- 5.5” IPS LCD, FHD, 16:9, 403ppi
- MediaTek Helio P25 (16nm)
- 4 x Cortex-A53 2.6 GHz, 4 x Cortex-A53 1.69 GHz
- Mali-T880MP2
- 4GB RAM / 64GB + mikroSD
- 12MP + 12MP (Utama) / 8MP (Hadapan)
- Bluetooth 4.1, Wi-Fi 802.11 b/g/n
- 3260 mAh, pengecasan 18W
- Android 7.1 Nougat
ASUS ZenFone 4 (2017)
ASUS ZenFone 4 (2017) menampilkan rekaan yang elegan untuk kegunaan gaya hidup. Ia menyajikan rekaan yang menawan melalui tampilan binaan belakang yang dibina berasaskan kaca. Ia juga membawakan skrin Super IPS+ untuk kualiti paparan yang lebih terang disamping hadir dengan memori 6GB RAM. Keupayaan fotografinya didatangkan dengan sistem dwi-kamera yang membolehkan kamera kedua melakukan penggambaran bersudut lebar.
Spesifikasi:
- 5.5” Super IPS+, FHD, 16:9, 401ppi
- Qualcomm Snapdragon 630 (14nm)
- 4 x A53 2.2 GHz, 4 x A53 1.8 GHz
- Adreno 508
- 6GB RAM / 64GB + mikroSD
- 12MP f/1.8 + 8MP (Utama) / 8MP f/2.0 (Hadapan)
- Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11 b/g/n/ac
- 3300 mAh, pengecasan 10W
- Android 8.0 Oreo / ZenUI 5.0
Nubia Z17 Lite
Nubia Z17 Lite hadir dengan penawaran peranti kelas pertengahan yang memfokuskan kepada penggunaan berkuasa. Ia dijana dengan cip Snapdragon 653 yang pantas bersama penggunaan memori 6GB RAM. Ia juga menyertakan sokongan dwi-kamera RGB dan monokrom, bersama fungsi Quick Charge 3.0 untuk menyingkatkan lagi masa pengecasan peranti.
Spesifikasi:
- 5.5” IPS LCD, FHD, 16:9, 401ppi
- Qualcomm Snapdragon 653 (28nm)
- 4 x Cortex-A72 1.95 GHz, 4 x Cortex-A53 1.4 GHz
- Adreno 510
- 6GB RAM / 64GB
- 13MP + 13MP (Utama) / 16MP f/2.0 (Hadapan)
- Bluetooth 4.1, Wi-Fi 802.11 b/g/n/ac
- 3200 mAh, Quick Charge 3.0
- Android 7.1 Nougat
Nubia Z17 Mini S
Nubia Z17 Mini S membawakan penawaran yang serupa seperti Z17 Lite namun hadir dengan sokongan dwi-kamera hadapan dan rekaan yang lebih menawan. Ia hadir dengan rekaan berasaskan kaca yang dapat memberi kesan kilauan yang menarik apabila dipantulkan kepada cahaya. Ia juga menyertakan cip Snapdragon 653, memori 6GB RAM, serta membawakan sokongan dwi-kamera pada bahagian hadapan dan belakang.
Spesifikasi:
- 5.2” IPS LCD, FHD, 16:9, 424ppi
- Qualcomm Snapdragon 653 (28nm)
- 4 x Cortex-A72 1.95 GHz, 4 x Cortex-A53 1.4 GHz
- Adreno 510
- 6GB RAM / 64GB
- 13MP + 13MP (Utama) / 16MP f/2.0 + 5MP f/2.2 (Hadapan)
- Bluetooth 4.1, Wi-Fi 802.11 b/g/n/ac
- 3200 mAh, Quick Charge 3.0
- Android 7.1 Nougat
Nokia 5.1 Plus
Nokia 5.1 Plus hadir dengan rekaan peranti moden bersama binaan yang elegan. Seperti peranti-peranti Nokia sebelum ini, ia masih menyertakan program Android One yang membolehkan ia mendapatkan kemaskini Android dengan lebih pantas. Ia juga menyertakan cip Helio P60 yang pantas bersama sokongan dwi-kamera dengan keupayaan artificial intelligence (AI).
Spesifikasi:
- 5.8” IPS LCD, HD+, 19:9, 287ppi
- MediaTek Helio P60 (12nm)
- 4 x Cortex-A73 1.8 GHz, 4 x Cortex-A53 1.8 GHz
- Mali-G72 MP3
- 3GB RAM / 32GB + mikroSD
- 13MP f/2.0 + 5MP (Utama) / 8MP f/2.2 (Hadapan)
- Bluetooth 4.2, Wi-Fi 802.11 b/g/n/ac
- 3060 mAh, pengecasan 10W
- Android 8.1 Oreo / Android One
Xiaomi Mi A2
Xiaomi Mi A2 meneruskan legasi Mi A1 untuk memberi pengalaman Android terbaik pada peranti keluaran Xiaomi. Ia turut menawarkan program Android One yang membolehkan pengguna mendapatkan kemaskini Android yang lebih terkini. Ia juga tampil dengan sokongan dwi-kamera yang mesra penggambaran malam, kamera hadapan 20MP, bersama fungsi IR blaster untuk menjadikan peranti ini sebagai alat kawalan jauh.
Spesifikasi:
- 5.99” IPS LCD, FHD+, 18:9, 403ppi
- Qualcomm Snapdragon 660 (14nm)
- 4 x Kryo 260 2.2 GHz, 4 x Kryo 260 1.8 GHz
- Adreno 512
- 4GB RAM / 64GB
- 12MP f/1.75 + 20MP f/1.75 (Utama) / 20MP f/2.2 (Hadapan)
- Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11 b/g/n/ac
- 3010 mAh, Quick Charge 3.0
- Android 8.1 Oreo / Android One
Xiaomi Mi 8 Lite
Xiaomi Mi 8 Lite menyajikan rekaan yang anggun bersama spesifikasi kelas pertengahan yang berkuasa. Rekaannya hadir dengan binaan berasaskan kaca bersama kemasan warna cerun (gradient) di bahagian belakang peranti. Ia juga menyertakan sokongan dwi-kamera AI, kamera hadapan 24MP, dan hadir dengan rekaan skrin nisbah moden 19:9.
Spesifikasi:
- 6.26” IPS LCD, FHD+, 19:9, 403ppi
- Qualcomm Snapdragon 660 (14nm)
- 4 x Kryo 260 2.2 GHz, 4 x Kryo 260 1.8 GHz
- Adreno 512
- 4GB RAM / 64GB + mikroSD
- 12MP f/1.9 + 5MP f/2.0 (Utama) / 24MP (Hadapan)
- Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11 b/g/n/ac
- 3350 mAh, Quick Charge 3.0
- Android 8.1 Oreo / MIUI 9.6
Meizu Pro 7 Plus
Meizu Pro 7 Plus membawakan penawaran berkuasa dengan rekaan peranti yang unik. Menariknya mengenai peranti ini, ia didatangkan dengan skrin mini, yang membolehkan anda melihat notifikasi dan menggunakan kamera belakang untuk swafoto. Ia juga menawarkan cip Helio X30 yang cukup pantas, penggunaan skrin Super AMOLED, dan hadir dengan storan 128GB berasaskan UFS 2.1.
Spesifikasi:
- 5.7” Super AMOLED, QHD, 16:9, 518ppi
- MediaTek Helio X30 (10nm)
- 2 x A73 2.6 GHz, 4 x A53 2.2 GHz, 4 x A35 1.9 GHz
- PowerVR GT7400 Plus
- 6GB RAM / 128GB UFS 2.1
- 12MP + 12MP (Utama) / 16MP f/2.0 (Hadapan)
- Bluetooth 4.2, Wi-Fi 802.11 b/g/n/ac
- 3500 mAh, mCharge 24W
- Android 7.1 Nougat
Jadi itulah senarai telefon dengan USB-C yang anda boleh dapati di bawah RM1000. Kesemua peranti yang disenaraikan di atas boleh didapati melalui kedai fizikal rasmi atau menerusi laman-laman jualan utama Malaysia seperti Lelong, Lazada, Shopee, 11street.