Iklan Apple-I Tulisan Tangan Steve Jobs Akan Dilelong 5 Disember Ini

Iklan Apple-I Tulisan Tangan Steve Jobs Akan Dilelong 5 Disember Ini

Diterbitkan pada Dis 3, 2018 oleh .

Sejarah komputer Apple bermula dengan Apple-I yang dibina dan dipasang sendiri oleh mendiang Steve Jobs dan Steve Wozniak. Bermula dari garaj kereta rumah Steve Jobs yang terletak di Los Altos, California. Kejayaan Apple banyak bergantung kepada kepakaran Jobs mempengaruhi orang untuk membeli produk yang dihasilkan. Beliau menyedari pemasaran adalah sama penting dengan kemampuan produk itu sendiri dan sehingga kini pengiklanan Apple masih kekal antara yang terbaik di dunia.

Tetapi sebelum papan iklan gergasi dan video 1984, Steve Jobs menghasilkan sendiri iklan secara bertulis. Salah satu iklan tulisan tangan untuk Apple-I bakal dilelong pada 5 Disember oleh rumah lelongan Bonhams. Ia mengiklankan papan induk komputer peribadi ini pada harga $75 serta spesifikasinya.

Turut disertakan ialah alamat pejabat pertama Apple serta dua gambar Polaroid Apple-I yang ingin dijual. Kepada yang berminat memiliki memorabilia ini, Bonhams mensasarkan nilai di antara $40,000-$60,000 (~RM 170,000 – 250,000).


TIPS & ULASAN