Cari @ Amanz

Amazon Textract, Personalize & Forecast Memudahkan Anda Membina AI – Walaupun Tidak Berpengamalan dalam Pembelajaran Mesin

Link Copied!

Tahun lalu menyaksikan kebanyakan permulaan AWS dalam kecerdasan buatan. Tahun ini mereka telah menambah lebih banyak perkhidmatan buatan, malah turut membantu pengguna AWS yang belum lagi meneroka arena ini. Amazon Textract, Personalize & Forecast diperkenalkan kepada semua, dan lebih menarik lagi, tidak memerlukan pengguna mempunyai pengenalan dalam pembelajaran mesin.

Amazon Textract

Salah satu kaedah pembelajaran mesin adalah dengan cara mengimbas data. Namun cara ini mungkin renyah jika diikutkan dari segi klasifikasi, dan juga dokumen yang disokong. Amazon Textract merupakan perkhidmatan pembelajaran mesin berasaskan OCR (Optical Character Recognition) yang membolehkan pengguna mengekstrak teks dan data dari dokumen-dokumen yang diberikan.

Kenali: Amazon Textract

Amazon Personalize 

Dan jika anda ada menjalankan kedai atas talian menggunakan AWS, perkhidmatan ini anda boleh cuba bermula hari ini. Amazon Personalize merupakan fungsi cadangan yang mengikut keperibadian pengguna secara masa nyata. Teknologi Personalize ini adalah teknologi yang sama terdapat pada Amazon.com, yang kerap mencadangkan pengguna apa lagi yang boleh dibeli berdasarkan maklumat citarasa mereka.

Amazon Forecast

Melengkapkan kedua-dua diatas, adalah perkhidmatan Amazon Forecast yang berupaya meramal sesuatu kejadian atau peristiwa yang boleh memberi impak untuk perniagaan anda. Sistem yang sama juga digunakan pada laman Amazon, dimana ia boleh membantu pengguna mengenai kebarangkalian permintaan dari pengguna, dan adakah trafik web mereka bersedia untuknya, dan bermacam lagi termasuklah meramalkan penggunaan AWS.

Dengan ketiga-tiga perkhidmatan AWS untuk fungsi kecerdasan buatan, ia secara tidak langsung membawa AWS setapak lagi kehadapan kerana banyaknya jenis perkhidmatan dan setiap dari perkhidmatan yang diperkenalkan turut mempunyai integrasi antara satu sama lain.


Komen ()