Carian
Pengguna Melaporkan Masalah Kamera FaceTime Pada MacBook Air 2018
December 3, 2018 Fahim Zahar

Kurang dua bulan yang lalu, Apple telah melancarkan MacBook Air baharu. ia hadir dengan sokongan Retina Display, Touch ID dan semestinya dijana dengan cip pemprosessan terkini iaitu cip Intel Core i5 generasi kelapan. Ia dijual di Malaysia pada harga bermula RM5,249 sehingga RM11,229.

  • Baca – Pandang Pertama: MacBook Air 2018 Di Sini

Terkini, melalui forum rasmi Apple – ramai pengguna yang melaporkan masalah dengan kamera FaceTime pada MacBook Air baharu ini. Kamera FaceTime pada MacBook Air 2018 hadir dengan resolusi 720p dan antara masalah yang dilaporkan adalah hasil rakaman yang kabur. Laporan lain pula mengatakan, hasil rakaman tidak HD – lebih-lebih lagi apabila panggilan video dilakukan. Terdapat pengguna yang membandingkan dengan MacBook Air 2013 dan hasil rakaman dari MacBook Air lama adalah lebih baik.

Seperti biasa, sokongan yang wakil Apple berikan melalui forum adalah tidak membantu. Beberapa pengguna turut berasa kesal membeli MacBook Air ini kerana, hari pertama memilikinya sudah hadapi masalah. Buat masa ini, masih tiada solusi yang membantu isu ini. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan.

Komen