Cari @ Amanz

Skor Permainan ‘Dinasaur Lari’ Chrome Kini Boleh Diselarikan Secara Rentas-Peranti

Link Copied!

Permainan ‘Dinasaur Lari‘ adalah permainan dalam pelayar web Chrome yang diperkenalkan pada tahun 2014. Ia dibangunkan oleh Google agar pengguna boleh menghilangkan rasa bosan apabila tiada sambungan Internet.

Selama ini, permainan ini selepas pengguna menerima skor tinggi ketika selesai bermain – ia akan disegar semula sebaik sambungan Internet kembali dan skor akan kembali kepada sifar. Kini, melalui Chrome Canary versi 72 untuk desktop dan Android – skor ini boleh diselarikan secara rentas-peranti. Ini bermakna, jika pengguna telah selarikan akaun Google pada Chrome desktop dan bermain ‘Dinasaur Lari’ – skor tinggi yang sama akan terpapar dalam peranti Android.

Untuk selarikan skor ini, selepas bermain permainan ‘Dinasaur Lari’ – terus sambung ke Internet. Akan tetapi, skor ini hanya boleh terpapar antara Android – Android dan Android – Desktop. iOS masih tidak menerima sokongan ini. Ia akan hadir secara dalam Chrome stabil tidak lama lagi.

Cuba ‘Dinasaur Lari’ Melalui Chrome Canary Android
Cuba ‘Dinasaur Lari’ Melalui Chrome Canary Desktop

Komen ()