Kerajaan Dijangka Hadir Dengan Polisi Sekuriti Siber Kebangsaan Pada Mac 2019

Kerajaan Dijangka Hadir Dengan Polisi Sekuriti Siber Kebangsaan Pada Mac 2019

Diterbitkan pada Dis 3, 2018 oleh .

Dengan perkembangan arena ekonomi digital, salah satu perkara yang turut menerima perhatian ramai adalah bidang sekuriti dan keselamatan siber. Bercakap mengenainya, kini kerajaan mengumumkan yang mana mereka akan hadir dengan Polisi Sekuriti Siber Kebangsaan menjelang Mac tahun hadapan.

Seperti ramai sedia maklum, dengan lebih ramai menggunakan perkhidmatan digital, ramai juga yang terdedah kepada bahaya penipuan yang berlaku di web dan internet. Selain itu, terdapat pelbagai perkhidmatan web yang masih tidak menawarkan keselamatan menyeluruh, dan kadang-kala mengambil tidak endah berkenaan keselamatan dan sekuriti pada web mereka.


Dengan pengenalan polisi ini, ia mungkin akan membuatkan pelbagai perkhidmatan web tempatan mengambil lebih serius berkenaan keselamatan siber – sekaligus membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan digital tanpa sebarang masalah dan kerisauan.


TIPS & ULASAN