E-sukan mendapat perhatian ramai tahun ini setelah peruntukan sebanyak RM10 juta diiumumkan ketika Belanjawan 2019. Kerajaan akhirnya mengambil serius e-sukan yang semalam ini dianaktirikan kerana tidak dianggap sebagai aktiviti yang menguntungkan apa lagi memberikan kesan positif kepada altletnya.
Selari dengan kepopularannya, pelbagai aksesori mula dihasilkan untuk mempertingkat prestasi atlet e-sukan. Flashe ialah sarung tangan yang dikatakan mampu memberikan kelebihan kepada pemakai. Ia diperbuat daripada bahan licin Teflon yang mengurangkan geseran lengan pada permukaan meja ketika menggunakan tetikus. Terdapat pendakap khas yang memastikan pergelangan tangan pada sudut yang optimum dan juga mengelakkan kecederaan berulang (RSI).
Terdapat juga lengan tangan yang dikatakan meningkatkan peredaran darah dan dapat mengelakkan kecederaan otot. Dengan kata lain Flashe ini mempunyai fungsi yang sama seperti sarung tangan khas untuk pemain bowling di pasaran tetapi khusus untuk e-sukan. Flashe Performance Enhancing Gaming Glove kini mengumpul dana menerusi laman biayasama Kickstarter dan boleh dimiliki pada harga $49 sepasang.