Cari @ Amanz

Huawei AppGallery ialah sebuah lagi aplikasi yang membenarkan pembelian aplikasi pada peranti Android. Ia menawarkan pelbagai aplikasi seperti Google Play Store tetapi dengan pelbagai penawaran serta promosi yang menarik minat pengguna. Hari ini mereka mengumumkan sokongan pembelian menggunakan bila telekomunikasi pada empat syarikat utama.

Pengguna Digi, Hotlink, Maxis dan U Mobile kini boleh melakukan pembelian yang kemudiannya dimasukkan ke dalam bil telekomunikasi mereka. Pembelian tidak terhad kepada aplikasi tetapi turut menyokong pembelian dalam aplikasi. Huawei sedang menjalankan promosi AppGalery Carnival sehingga 31 Disember ini dengan pelbagai promosi seperti diskaun pembelian di Lazada dan Starbucks.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd