Huawei Nova 4 Akan Dilancarkan 17 Disember Ini Dengan Skrin Berlubang
December 3, 2018
Huawei
Effi Saharudin
Misteri nama peranti pertama Huawei dengan teknologi skrin berlubang akhirnya terjawab, Imej acah untuk pelancaran Huawei Nova 4 telah dikongsi oleh mereka menerusi laman media sosial rasmi. Ia mengesahkan Nova 4 ialah peranti pertama mereka dan dunia dengan skrin berlubang untuk kamera hadapan.
Minggu lalu hanya panel hadapan Nova 4 diperlihatkan secara rasmi. Lubang kamera terletak pada buku atas sebelah kanan bersaiz agak kecil. Dengan teknologi ini, penggunaan takuk boleh dielakkan. Samsung memperlihatkan rekaan skrin seperti ini yang diberi nama Infinity-O, tetapi Huawei berjaya melancarkannya terlebih dahulu.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.