Cari @ Amanz

MSI Memperkenalkan Kad Grafik GeForce RTX 2070 Ventus – Hanya Menggunakan Satu Palam Kuasa 8-pin PCIe

Oleh Nazrin

Link Copied!

Bagi mereka yang inginkan sebuah kad grafik baru yang hadir dengan kebolehan Ray Tracing, tetapi tidak mahu mengosongkan akaun bank mereka, NVIDIA hadir dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2070.

Terkini, pihak MSI baru sahaja mengumumkan kehadiran kad grafik MSI GeForce RTX 2070 Ventus, iaitu kad grafik GeForce RTX 2070 yang hadir dengan sistem penyejukan yang maju, tetapi menggunakan kuasa yang sedikit.

Menurut MSI, kad grafik ini akan hadir dengan sejumlah paip penyejukan 6mm yang tebal, disamping dua kipas penyejuk Torx 2 yang mengalirkan haba daripada paip-paip tersebut.

Lebih menarik lagi, kad grafik ini hanya menggunakan satu palam kuasa 8-pin PCIe, sama seperti kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2070 Founders Edition.

Buat masa ini MSI masih belum mengumumkan bilakah mereka akan mula menjual kad grafik RTX 2070 Ventus ini, dan tanda harga jualannya.


Komen ()