Cari @ Amanz

Lebih 12,000 Laman Web Cetak Rompak Dihalang Di India Kerana Filem Terkini Rajinikanth

Link Copied!

Bintang filem terbesar di India ialah Rajinikanth. Di kalangan peminat beliau dilihat sebagai bukan sahaja sebagai pelakon hebat malahan mencapai tahap dewa sehingga pelbagai acara puja dilakukan sebelum filem terbaru ditayangkan bagi memastikan sambutan yang baik. Tetapi seperti di Malaysia, masalah cetak rompak adalah tinggi di India. Oleh itu bagi memastikan filem terkini beliau “2.0” tidak tersebar ke laman web, sebanyak 12,564 laman cetak rompak di India telah dihalang.

Perintah halangan telah dipohon oleh Lyca Productions Private Limited yang menerbitkan filem 2.0 yang dibintangi Rajinikanth. Kesemua 37 ISP di India telah menghalang laman cetak rompak popular pada hari tayangan perdana filem minggu lalu.

Filem 2.0 ialah kesinambungan kepada filem Enthiran dan adalah filem termahal dalam sejarah India dengan kos produksi mencecah ₹543 crore (~RM 321 juta). Bagi memastikan penerbit tidak mengalami kerugian, tindakan menghalang ini terpaksa dilakukan, Sungguhpun begitu tidak sampai sehari fail cetak rompak filem tertiris juga ke laman media sosial India.


Komen ()