Telekom Malaysia Melantik Pengerusi Lembaga Pengarah Baru

Telekom Malaysia Melantik Pengerusi Lembaga Pengarah Baru

Diterbitkan pada Dis 3, 2018 oleh .

Selain daripada perubahan pada jawatan ketua pegawai eksekutif, hari ini Telekom Malaysia turut mengumumkan perubahan pada jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah TM.

Tan Sri Dato Seri Dr Sulaiman Mahbob yang sebelum ini bertugas sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah TM telah pun meletakkan jawatan berkuat-kuasa 30 November 2018 lepas. Jawatan beliau kini digantikan oleh Pengerusi baru, iaitu Rosli Man, berkuat-kuasa 3 Disember 2018.

Rosli Man berpengalaman lebih 32 tahun dalam industri telekomunikasi. Sebelum ini, beliau pernah bertugas sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Telekom Malaysia pada 2008 yang lepas. Selepas itu, beliau berkecimpung dalam bidang perundingan, sebelum ini kembali semula ke Telekom Malaysia.

Dibawah beliau dan Pemangku CEO Kumpulan, Imri Mokhtar, Telekom Malaysia menyasarkan untuk terus memainkan peranan utama dalam memacu ekonomi digital negara, selain turut memfokuskan strategi TM untuk “Memacu Konvergens dan Memperkasa Digital”.


TIPS & ULASAN