Tamago Mengumumkan Akan Berhenti Beroperasi – Aplikasi Penstriman Permainan Video Yang Disokong Astro

Tamago Mengumumkan Akan Berhenti Beroperasi – Aplikasi Penstriman Permainan Video Yang Disokong Astro

Diterbitkan pada Dis 3, 2018 oleh .

Tamago, salah satu aplikasi penstriman video secara langsung yang dibangunkan bersama Astro dan syarikat China, Huomao kini mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan perkhidmatan mereka.

Melalui pengumuman rasmi pihak Tamago, mereka mengatakan yang mana mereka menghadapi cabaran dalam menjalankan perniagaan, dan ia sukar secara komersil untuk meneruskan operasi perkhidmatan berkenaan.

Tamago akan beroperasi sehingga 31 Disember 2018 kelak, dan selepas itu ia akan berhenti beroperasi sepenuhnya. Pada masa yang sama, Tamago mengatakan mereka akan membayar semua pendapatan penstrim yang diterima sebelum 8 Disember 2018. Selepas tarikh berkenaan, sebarang hadiah dan ganjaran yang diterima tidak akan dibayar kepada penstrim.

Ia boleh dikatakan agak mengecewakan melihat Tamago yang baru dilancarkan setahun lepas menutup operasi, sekaligus mungkin sedikit memberikan kesan terhadap penstrim permainan video yang bergantung padanya.


TIPS & ULASAN