Carian
Samsung Galaxy A8s Dengan Skrin Berlubang Mungkin Dilancarkan Pada 10 Disember
December 3, 2018 Effi Saharudin

Hari ini imej acah pelancaran Huawei Nova 4 pada 17 Disember dengan skrin berlubang diperlihatkan. Ini mungkin peranti pertama dengan rekaan skrin berlubang dilancarkan. Tetapi nampaknya imej acah untuk pelancaran Samsung Galaxy A8s pula tertiris menunjukkan ia akan dilancarkan pada 10 Disember.

Ini membolehkan Samsung menjadi pengeluar pertama melancarkan peranti dengan skrin berlubang. Mereka adalah pengeluar pertama yang mengumumkan rekaan skrin unik Infinity-O ini beberapa minggu yang lalu. Selain skrin berlubang, Galaxy S8s dipercayai akan dilengkapi cip Snapdragon 710 dan sistem tri-kamera utama seperti Galaxy A7. Walaupun dilancarkan bulan ini, Galaxy A8s dipercayai akan hanya dijual bermula Januari 2019 di China.

Komen