Cari @ Amanz

IDC : Xiaomi Kini Menerajui Arena Peranti Boleh-Pakai – Mendahului Apple Dan Fitbit

Oleh Aman

Link Copied!

IDC, salah satu agensi yang membuat pelbagai analisa data, kini telah mengeluarkan data dan bancian mereka untuk suku ketiga 2018 yang lepas dalam arena peranti boleh-pakai.

Pada suku tahun ketiga 2018, sebanyak 32 juta unit peranti boleh-pakai telah dikeluarkan, sekaligus memperlihatkan peningkatan sebanyak 21.7% berbanding tahun lepas. Ia turut diperkatakan permintaan di rantau Asia Pasifik turut memperlihatkan peningkatan drastik berbanding pasaran lain.

IDC Q3 2018

Daripada data yang dikeluarkan, ia memperlihatkan yang mana kini Xiaomi menerajui arena peranti boleh-pakai. Pada tahun ini, mereka telah mengeluarkan Mi Band 3 yang memperlihatkan pemasaran bukan sahaja di China, tetapi di pelbagai pasaran luar. Ini sekaligus membolehkan mereka terus mendahului pasaran berbanding Apple dan Fitbit.

Apple dan Fitbit dilihat akhir-akhir ini lebih memfokuskan peranti boleh-pakai mereka berkaitan kesihatan – dan bukan kecergasan semata-mata. Malah, memandangkan Apple baru sahaja melancarkan Apple Watch Series 4, maka kita mungkin akan melihat impaknya dalam laporan suku tahun ke-4 2018 ini.

Ditempat keempat dan kelima adalah masing-masing Huawei dan juga Samsung. Walaupun ditangga kelima, Samsung memperlihatkan peningkatan positif yang sangat tinggi berbanding pelbagai pengeluar lain.


Komen ()