Asus Zenfone Max Pro M2 Akan Ditawarkan Di Malaysia Seawal Minggu Hadapan

Asus Zenfone Max Pro M2 Akan Ditawarkan Di Malaysia Seawal Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Dis 4, 2018 oleh .

Asus Malaysia kini melalui laman jualan Lazada dilihat telah pun menyenaraikan telefon pintar terbaru yang masih belum diumumkan lagi, iaitu Asus Zenfone Max Pro M2.

Asus Zenfone Max Pro M2 Lazada

Melalui penyenaraian yang dilakukan di Lazada, Asus memperlihatkan mereka akan menawarkan model 4GB RAM dengan 64GB storan untuk pasaran Malaysia bersempena dengan jualan 12.12 di Lazada. Mengikut desas-desus sebelum ini, telefon pintar ini dijangka menawarkan kapasiti bateri bersaiz besar, selain menggunakan dwi-kamera dibahagian belakang.

Harga jualan untuk telefon pintar ini masih tidak diketahui lagi, dan maklumat penuh berkaitan dengannya dijangka diumumkan pada sebuah acara media di Indonesia pada minggu hadapan.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai telefon pintar ini daripada Asus Malaysia dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN