Bagi memudahkan proses menyimpan gambar, kami menggunakan Google Photos kerana ianya percuma. Dengan Google Photos ribuan gambar yang diambil dari pelbagai peranti boleh diakses menerusi storan awaman yang diberikan. Di India Google Photos sedang menguji muat naik Express yang menjimatkan penggunaan data pada sebilangan kecil pengguna.
Express mengehadkan saiz gambar ke 3-Megapixel, video hanya pada resolusi standard dan gambar cetakan 6×8 inci. Pengguna boleh menetapkan kuota data yang boleh digunakan Photos kepada 5, 10 atau 30 MB. Fungsi ini mensasarkan pengguna yang tinggal di kawasan di mana data adalah terhad seperti di India. Ia kemudian akan diperkenalkan kepada semua pengguna di masa hadapan.