Cari @ Amanz

Pengimbas cap jari dalam skrin telah digunakan dengan meluas pada telefon pintar tahun ini setelah dipelopori oleh Vivo. Dua jenis pengimbas digunakan iaitu optikal dan ultrasonik. Di antara kedua-dua pengimbas ini, ultrasonik adalah yang terbaik kerana membolehkan imbasan yang lebih tepat. Teknologi pengimbas cap jari dalam skrin mungkin akan diperkembangkan pada telefon pintar oleh Samsung pula di masa hadapan.

Samsung mempatenkan rekaan sebuah jam tangan pintar dengan pengimbas cap jari terbina dalam skrin. Pengimbas jenis optikal digunakan yang juga membolehkan sistem imbasan iris digunakan pada jam tangan pintar buat pertama kali. Inovasi pada jam tangan pintar adalah agak terhad jika dibandingkan dengan telefon pintar. Sekiranya paten digunakan pada peranti sebenar, ia mungkin akan memulakan revolusi jam tangan pintar dengan pengimbas cap jari dalam skrin pula.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd