Carian
Kecerdasan Buatan NVIDIA Menjana Dunia Maya 3D Menggunakan Hanya Video
December 4, 2018 Effi Saharudin

NVIDIA ialah syarikat yang terkenal dengan kad grafik berkuasa yang digunakan untuk permainan video. Pada waktu yang sama mereka turut terlibat dalam teknologi swapandu dan juga kecerdasan buatan. Sistem kecerdasan buatan mereka kini melangkah setapak lagi dari segi kemampuan kerana berjaya menjana dunia maya 3D dengan hanya menonton video.

Video dunia maya di bawah dijana sepenuhnya secara pembelajaran mesin yang dilatih untuk menonton video bandar-bandar utama dunia. Sebuah dunia maya kemudian berjaya dijana untuk kelihatan seperti dunia sebenar. Sistem ini kemudian boleh digunakan untuk menjana aset di dalam permainan video dengan pantas berbanding seperti yang dilakukan sekarang.

Menarik sekali kecerdasan buatan yang sama turut boleh dilatih untuk menjana video seseorang menari selepas menonton video berasingan. Pemalsuan video akan menjadi semakin kompleks di masa hadapan dan sebagai pengguna kita perlu lebih skeptis dengan apa yang disebarkan di atas talian.

Komen