Huawei adalah satu syarikat dari China yang terkenal dengan perani mercu mereka yang mampu merakam gambar dengan hasil yang sangat mengagumkan. Peranti-peranti pintar mereka menggunakan sistem operasi EMUI yang berasaskan Android. Dalam EMUI terdapat banyak aplikasi tersendiri yang Huawei bangunkan.
Terkini, Huawei dilihat hadir dengan satu aplikasi yang menarik untuk mereka yang bisu. Aplikasi ‘StorySign‘ adalah satu aplikasi yang menterjemah buku kanak-kanak kepada bahasa isyarat. Aplikasi dibangunkan dengan kerjasama bersama European Union for the Deaf, Penguin, dan studio animasi Aardman (studio yang hasilkan animasi Shaun The Sheep).
Aplikasi ini adalah satu aplikasi percuma yang berfungsi dengan mengakses kamera peranti Huawei, kemudian merakam buku kanak-kanak yang terpilih dan akan ada watak animasi 3D yang menterjemah dalam bahasa isyarat. Akan tetapi, aplikasi ini terhad untuk 10 negara Eropah terpilih melalui Huawei App Galery dan Google Play Store. Menariknya, aplikasi ini turut tekah dioptimasikan untuk digunakan bersama dengan peranti Huawei terkini – siri Huawei Mate 20.