Di luar talian, kad pengenalan menjadi bukti identiti seseorang insan di Malaysia. Nombor unik pada kad digunakan sebagai identiti rasmi untuk memohon passport, jual beli rumah, perkahwinan dan banyak lagi. Di atas talian adalah lebih sukar membuktikan identiti kerana tiadanya sistem sarwajagat yang boleh digunakan merentas sepadan.
Microsoft dan MasterCard telah mengumumkan kerjasama untuk membangunkan sistem identiti digital sarwajagat yang boleh digunakan di seluruh dunia di dalam serta luar talian. Identiti digital ini akan mempercepatkan proses kewangan seperti membuka akaun bank dan pembayaran atas talian seperti menggunakan perkhidmatan seru-pandu.
Kerjasama dengan kerajaan pula akan melicinkan proses pembayaran cukai, memohon passport dan pemindahan dana seperti BR1M. Akhir sekali ia boleh menjadi identiti digital untuk melog masuk ke perkhidmatan penstriman sebagai ganti kepada emel. Dengan identiti digital sarwajagat ini, masalah penipuan identiti di atas talian akan dapat diselesaikan.