Carian
Astro, Media Prima Dan Digi Akan Hadir Dengan Hab Pembelajaran Digital – JomStudi
December 4, 2018 Aman

Astro, Media Prima dan Digi hari ini mengumumkan kerjasama, dalam usaha membangunkan sebuah hab pembelajaran digital yang menghimpunkan pelbagai kandungan memfokuskan pendididikan. Platform ini dikenali sebagai JomStudi, akan dilancarkan secara rasminya pada Januari 2019 kelak.

JomStudi

JomStudi ini dilihat akan menghimpunkan kandungan yang mengikut format pembelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Kandungan didalamnya akan menghimpunkan kandungan daripada Astro Tutor TV, dan juga FullAMark daripada Media Prima. Platform berkenaan dikatakan akan dibangunkan dan diuruskan oleh Digi.

Buat masa ini, ia tidak dikongsikan lagi sama ada platform ini akan ditawarkan secara percuma atau secara langganan berbayar.

Komen