Cari @ Amanz

Skype Akan Menambah Sokongan Kapsyen Masa-Nyata Dan Sarikata

Link Copied!

Selepas Microsoft perkenalkan logo baru untuk perisian Microsoft Office, Microsoft mula menambah ciri-ciri baru dalam perisian tersebut. Baru-baru ini, perisian membuat pembentangan PowerPoint dikatakan akan menerima sokongan kapsyen masa-nyata dan sarikata. Terkini, giliran Skype pula.

Skype sering digunakan ramai untuk panggilan video, baik berdua-duaan atau secara berkumpulan. Dengan sokongan ini, ia akan membantu pengguna bisu atau pekak untuk berkomunikasi. Mereka hanya perlu membaca kapsyen yang muncul dalam bentuk masa-nyata. Selain itu, sokongan sarikata akan memudahkan pengguna yang menggunakan bahasa berbeza memahami pembentangan anda.

Microsoft mengatakan sokongan kapsyen masa-nyata akan menyokong sekitar 20 bahasa. Menarik sekali, fungsi ini sudah boleh digunakan dan bagi yang tidak bisu atau pekak – turut boleh menggunakannya jika ingin merasai teknologi dari Microsoft ini.


Komen ()