Cari @ Amanz

Berhati-hati! Pautan Kod QR Pada Produk Maggi Membawa Ke Laman Tidak Selamat

Oleh Aman

Link Copied!

Nestle Malaysia sedia menyertakan sokongan kod QR pada beberapa produk mereka sebagai salah satu bentuk promosi ke laman rasmi, termasuk pada MAGGI. Walaubagaimanapun, agak mendukacitakan, kini ia dilihat kod QR pada produk MAGGI dilihat membawa pengguna kepada laman yang tidak begitu selamat.

Melalui ujian imbasan yang kami lakukan sendiri, ia membawa pengguna kepada sebuah pautan web MadLabs yang kemudiannya membuka halaman web yang berbeza – termasuk laman perjudian, muat-turun perisian hasad, kandungan kurang baik, dan sebagainya.

Pihak Nestle dikatakan telah membuat laporan polis untuk perkara ini. Bagi para pengguna, mungkin untuk sementara waktu ini, anda boleh menaip pautan terus Maggi.com.my berbanding mengimbas kod QR pada beberapa produk berkenaan.


Komen ()