Cari @ Amanz

Seagate Menguji Storan Cakera Keras Bersaiz 16TB Yang Dibina Dengan Teknologi HAMR – Storan Bersaiz 48TB Menjelang 2024

Oleh Nazrin

Link Copied!

Teknologi storan semakin berkembang pesat setiap tahun, dan syarikat-syarikat pembina storan kini hadir dengan banyak solusi untuk storan digital yang digunakan di dalam pelbagai industri.

Cakera keras berkapasiti besar bukanlah sesuatu yang baru, tetapi Seagate baru-baru ini telah menguji cakera keras bersaiz 16TB yang dibina menggunakan teknologi Heat Assisted Magnetic Recording (HAMR) yang mampu meningkatkan kepadatan cakera keras tanpa perlu menggunakan teknologi cakera yang lain.

Seagate berkata bahawa cakera keras 16TB ini sedang diuji, dan mereka menjangka bahawa ia akan mula dijual seawal tahun 2019 kelak. Dalam pada itu, mereka juga menjangkakan bahawa mereka akan hadir dengan pilihan storan yang lebih besar, sebanyak 20TB menjelang tahun 2020 dan 48TB sekitar tahun 2024.


Komen ()