Cari @ Amanz

Razer Blade Stealth diperkenalkan pada tahun 2016 sebagai ultrabook bergaya yang menyokong penggunaan kad grafik luaran untuk sesi permainan video. Iterasi terkini Razer Blade Stealth diumumkan pagi ini dengan rekaan bezel skrin lebih nipis dan hadir dengan kad grafik terbina NVIDIA GeForce MX150.

Ia masih lagi mengekalkan skrin 13-inci kini dengan pilihan resolusi FHD atau 4K sesentuh, cip Intel Core i7-8565U, memori sehingga 16GB LPDDR3 dan storan sehingga 512GB SSD PCIe M.2. Papan kekunci berlampu menyokong sistem Razer Chroma tetapi hanya pada satu zon bukan lampu berasingan untuk setiap kekunci.

Pilihan I/O ialah dua port USB-A 3.1, satu USB-C 3.1, satu port USB-C Thunderbolt dan satu bicu audio. Pad sesentuh menggunakan panel kaca dengan sokongan Microsoft Precision Driver. Di Amerika Syarikat Razer Blade Stealth dijual pada harga bermula dari $1400 (~RM 5821) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd