Carian
Peranti Prototaip 5G Samsung Ini Memberikan Petunjuk Awal Rekaan Galaxy S10
December 5, 2018 Effi Saharudin

Samsung Galaxy S10 mungkin dilancarkan pada penghujung Januari di MWC kelak. Pelbagai ura-ura dan spesifikasi peranti ini mula berkeliaran di  arena web. Ia dikatakan bakal hadir dengan edisi khas 5G lengkap dengan pengimbas cap jari dalam skrin serta enam kamera.

Misteri rekaan peranti ini mungkin sedikit terjawab menerusi rekaan peranti prototaip 5G yang diperlihatkan ketika acara Snapdragon Summit yang sedang berlangsung. Peranti prototaip 5G yang menggunakan cip Snapdragon 855 dilihat mempunyai lubang kamera pada bucu atas sebelah kanan menurut laporan TechRadar.

Pada waktu yang sama ia turut hadir dengan takuk sisi yang amat besar. Ini menguatkan spekulasi bahawa Galaxy S10 kelak akan menggunakan rekaan skrin berlubang Infinity-O. Malahan adalah dipercayai lubang berbentuk bujur akan digunakan pada bucu atas sebelah kanan skrin peranti.

Rekaan ini berbeza dengan lubang kecil pada bucu atas kiri yang bakal digunakan pada Galaxy A8s kelak. Persoalannya sekarang adakah pengguna boleh menerima skrin berlubang berbanding skrin bertakuk.

Komen