Cari @ Amanz

Bayi Pertama Berjaya Dilahirkan Dari Rahim Penderma Yang Telah Meninggal Dunia

Link Copied!

Prosedur menderma rahim sudah berlaku sejak 1931. Menderma rahim dilihat salah satu langkah yang boleh diambil untuk membolehkan wanita mandul atau dilahirkan tanpa uterus untuk melahirkan anak sendiri. Tetapi selama ini hanya uterus yang didermakan oleh insan yang hidup berjaya digunakan untuk melahirkan anak. Sebanyak 11 bayi telah dilahirkan menerusi uterus yang didermakan sejak 2013.

Pada 15 Disember 2017 di Brazil, bayi pertama telah berjaya dilahirkan menerusi uterus yang didermakan oleh wanita yang telah meninggal. Kejayaan ini hanya diumumkan selepas kertas kajian diterbitkan menerusi journal Lancet. Wanita berusia 45 tahun tersebut meninggal dunia pada September 2016 dan uterus beliau berjaya dipindahkan ke dalam tubuh penerima berusia 32 tahun. Beliau dilahirkan tanpa uterus kerana sindrom Mayer-Rokitansky-Küster-Hauser (MRKH).

Bayi perempuan kekal di dalam rahim selama 35 minggu dan 3 hari sebelum dilahirkan menerusi pembedahan caesarean. Rahim yang didermakan turut dikeluarkan pada masa yang sama dan tidak menunjukkan sebarang anomali. Ibu dan bayi kekal sihat selepas menjalani prosedur di atas.

Di masa hadapan masalah pasangan gagal mendapatkan anak (yang dihadapi 10-15% pasangan dalam usia subur) mungkin dapat diselesaikan dengan pemindahan rahim dan tidak lagi boleh dijadikan alasan untuk berpoligami.


Komen ()