Epic Games Store Akan Turut Menawarkan Permua Untuk Android Pada 2019

Epic Games Store Akan Turut Menawarkan Permua Untuk Android Pada 2019

Diterbitkan pada Dis 5, 2018 oleh .

Epic Games, penerbit permainan Fortnite yang popular telah pun mengumumkan bakal hadir dengan penawaran kedai permainan digital mereka tersendiri pada tahun hadapan. Ia akan ditawarkan untuk pengguna PC dan Mac terlebih dahulu – dimana anda boleh mendapatkan permainan video dengan mudah melaluinya.

Menariknya, selain daripada kedua-dua platform berkenaan, Epic Games juga akan menambah sokongan untuk Android pada tahun 2019.

Epic Games Store

Ini sekaligus akan membolehkan pengguna peranti Android untuk mendapatkan pelbagai permainan untuk telefon pintar atau tablet mereka daripada kedai permainan digital Epic. Penerbit juga akan menerima 88% daripada pendapatan – yang mana sedikit tinggi berbanding apa yang ditawarkan platform lain pada hari ini.

Epic Games sendiri sebelum ini telah mengambil langkah untuk menawarkan permua Fortnite untuk Android secara terus tanpa melalui platform Google Play Store – dan dengan langkah terbaru daripada mereka ini, kita mungkin melihat beberapa permua baru pada tahun hadapan ditawarkan melalui Epic Games Store dan bukannya Google Play Store.



TIPS & ULASAN