Carian
Kabel Lightning Ke USB-C MFI Dari Pihak Ketiga Akan Hadir Pada Februari 2019
December 5, 2018 Fahim Zahar

MFI adalah satu program untuk memberi lesen kepada pihak ketiga untuk menghasilkan kabel yang diiktiraf Apple untuk digunakan pada produk-produk Apple. Setakat ini, aksesori yang terkenal adalah kabel lightning biasa, iaitu lightning ke USB-A. Kabel yang menjadi permintaan ramai adalah lightning ke USB-C.

Kabel lightning ke USB-C memberi fungsi pengecasan dan pemindahan data yang pantas. Tetapi harga rasmi untuk kabel ini adalah RM89. Ia agak mahal dan pengguna iPhone 8 ke atas dilihat ‘tidak mampu‘ untuk memilikinya. Jadi, untuk menjaga hati para pengguna Apple – Apple mula menjual komponen untuk kabel ini kepada pihak ketiga.

Menurut dokumen yang dikongsi oleh ChargeLab, komponen-komponen ini mengambil masa selama 6 minggu untuk tiba ke pembuat aksesori pihak ketiga. Jadi, tidak mustahil dalam bukan Februari akan datang – kabel lightning ke USB-C dengan lesen MFI sudah boleh didapati. Antara jenama popular adalah, Aukey, Tronsmart, ZMI, atau juga Incipio.

Komen