Cari @ Amanz

WhatsApp Memulakan Ujian Sokongan Rasmi Pada Tablet Android

Link Copied!

WhatsApp adalah antara aplikasi dengan jumlah pengguna tertinggi di dunia. Kali terakhir mereka mengumumkan terdapat lebih 2 bilion pengguna aktif bulanan. Namun begitu ia masih tidak disokong secara rasmi pada tablet walaupun yang mempunyai fungsi selular. Baru-baru ini pengguna akaun Beta akhirnya boleh memuat turun aplikasi ini pada tablet Android.

Ini mungkin adalah ujian awal sebelum sokongan penuh untuk tablet Android akan diberikan. Sokongan pada tablet adalah amat diperlukan kerana selama ini pengguna perlu memuat turun APK dan memasangnya secara sideloading. Ini mendedahkan mereka kepada serangan aplikasi hasad sekiranya fail tidak dimuat turun dari laman yang selamat. Berapa ramaikah pembaca Amanz yang menggunakan WhatsApp pada tablet selular mereka?


Komen ()