Carian
WeWork Mengumumkan Kemasukkan Ke Pasaran Malaysia – Mula Beroperasi Pada Awal 2019
December 5, 2018 Liyana

WeWork kini telah mulai tembusi pasaran Malaysia dengan memulakan operasi di lokasi pertama mereka, iaitu di Equatorial Plaza, Kuala Lumpur. Bagi anda yang tidak tahu, WeWork adalah platform yang menyediakan ruangan, komuniti dan perkhidmatan kepada para pembangun negara. Turut difahamkan, lokasi ini mampu menampung seramai 1,900 ahli bagi 5 tingkat dan dijangka akan dibuka pada awal 2019.

Dengan adanya WeWork, sesiapa yang tidak mempunyai ruangan pejabat atau meja kerja, boleh melanggan perkhidmatan berkenaan dan menggunakannya. Perkhidmatan WeWork hadir dengan penyediaan ruangan kerja yang menyeluruh – sekaligus tidak memerlukan pengguna mereka risau dengan pelbagai pembayaran tambahan lain yang perlu ditanggung sekiranya menyewa pejabat persendirian.

Selain daripada itu, memandangkan pelbagai syarikat dan perusahaan yang akan melanggan WeWork disesuatu lokasi pada sesuatu masa, ia sekaligus membuka komuniti WeWork untuk mengenali rakan kerjasama baru – sekaligus membuka kepada peluang ekonomi baru hasil kerjasama antara satu sama lain.

WeWork Kuala Lumpur

Sidang media ini telah dirasmikan oleh Turochas T Fuad – Pengarah Urusan WeWork Asia Tenggara dan Dato’ Douglas Cheng – Pengarah Daman Land Kumpulan GPL. Turochas menyifatkan bahawa kemasukan WeWork pada pasaran negara didorong dengan sasaran pasaran negara yang kukuh serta pertumbuhan ekonomi yang kian stabil. Mereka juga ingin menjadikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terus meningkat dengan menggunakan platform ini.

Adanya platform sebegini juga mampu menghubungkan peluang ekonomi antara negara ASEAN tanpa batasan sempadan. Melalui kerjasama Daman Land di Malaysia peluang ini juga dilihat membolehkan perusahaan kecil mahupun besar untuk terus berkembang dengan persekitaran yang lebih efektif – iaitu ruangan yang direka dan dibentuk oleh WeWork.

Sejajar dengan pengumuman yang dilakukan dalam Bajet Malaysia 2019, memperuntukkan pelbagai insentif dan inisiatif dalam meningkatkan ekonomi negara, memberikan peluang kepada WeWork untuk memperkasakan komuniti syarikat tempatan dan meningkatkan ekosistem PKS.

Untuk anda yang berminat untuk melanggan WeWork di Equatorial Plaza, Kuala Lumpur ini, mereka menawarkan Hot Desk pada harga RM950 sebulan, meja yang didedikasikan pada harga RM1150 sebulan, dan pejabat peribadi pada harga bermula RM1200 sebulan.

Komen