Google cukup terkenal dengan menawarkan pelbagai jenis aplikasi dan perkhidmatan, baik untuk pengguna awam atau pengguna perusahaan. Terdapat juga produk-produk yang diumumkan, tetapi akhirnya terkubur kerana mustahil atau pun sukar untuk siapkan produk tersebut.
Bagi mengingati produk-produk, aplikasi/perisian dan perkhidmatan Google ini, laman web The Google Cemetry dan Killed by Google dibangunkan. The Google Cemetry menyenaraikan 44 produk Google yang telah ditamatkan berserta dengan sebabnya. Contoh adalah ‘Picasa‘, satu perisian penyuntingan gambar yang ditamatkan kerana Goolge ingin fokus hanya kepada satu perkhimatan foto (Google Photos). Kemudian turut tersenarai adalah antara yang terbaru, Google+. Ia ditamatkan pada tahun ini kerana kekurangan pengguna serta kerentanan sekuriti dan ia akan ditamatkan sepenuhnya dalam masa 9 bulan lagi.
Manakala Killed by Google pula, menyenaraikan lebih 100 produk Google. Antara yang laman web ini senaraikan adalah, Picnik – laman untuk menyunting gambar secara atas talian. Ia ditamatkan pada tahun 2012 dan alatan penyuntingan mereka dimasukkan ke dalam Google+. Turut kelihatan adalah Google Video iaitu satu perkhidmatan seakan YouTube. Ia kemudian ditamatkan dan semua video dimasukkan ke dalam YouTube.
Agak menarik untuk melihat kembali semua produk-produk Google yang pernah wujud yang kini sudah ditamatkan. Terdapat yang pernah saya gunakan atau langgan. Terdapat juga produk-produk yang saya betul-betul lupa akan kewujudannya. Ada juga produk yang langsung saya tidak pernah tahu Google pernah bangunkan.
Ura-ura turut mengatakan, Google mungkin akan matikan Hangouts kelak. Apakah perasaan anda untuk melihat semua produk-produk Google yang sudah mati ini? Adakah anda ia mengimbau kenangan lalu dan buat anda terasa rindu? Atau anda bersyukur ia mati dan kini telah menggunakan perkhidmatan yang jauh lebih baik?