Cari @ Amanz

Google Membuang Dua Aplikasi Dari Pembangun Clean Master – Berkait Dengan Skim Penipuan

Link Copied!

Clean Master adalah satu aplikasi yang kian popular dari zaman peranti pintar Android sedang membangun. Clean Master mampu mengosongkan memori dari peranti dengan memadam fail-fail cache, mematikan aplikasi latar untuk prestasi lebih baik serta banyak lagi ciri yang kononnya untuk menambah prestasi peranti.

Pembangun Clean Master adalah Cheetah Mobile. Baru-baru ini, Cheetah Mobile dan syarikat bersekutunya Kika Tech didapati terlibat dalam satu skim penipuan untuk pengiklanan. Ia menggunakan kebenaran tambahan (yang sepatutnya tidak) dalam aplikasi mereka untuk menipu dan menerima komisen dari pelanggan mereka. Selain Clean Master, Cheetah Mobile turut terkenal dengan aplikasi Security Master, CM Launcher 3D, Battery Doctor, Cheetah Keyboard, CM Locker, dan CM File Manager. Manakala, Kika Tech pula terkenal dengan Kika Keyboard.

Mengejutkan, Cheetah Mobile dan Kika Tech tidak mengaku dengan tuduhan ini dan mengatakan ia mungkin adalah disebabkan daripada SDK pihak ketiga atau rangkaian pengiklanan. Mereka turut mengatakan akan menjalan siasatan. Google hari ini turut terlibat dengan isu Cheetah Mobile dan Kika Tech ini, dengan membuang terus aplikasi CM File Manager dan Kika Keyboard dari Google Play Store untuk mengelak sebarang isu lain.

Jika SDK dalam aplikasi-aplikasi Cheetah Mobile dan Kika Tech boleh menipu untuk menuntut komisen iklan, bagaimana dengan data pengguna? Adakah anda yakin dengan keselamatan aplikasi ini, yang penuh dengan iklan mengarut dan kadangkala banyak pepijat serta aplikasi Clean Master yang secara teorinya tidak membantu langsung prestasi peranti – kerana pengoptimasian sistem operasi Androidn yang terkini sudah bertambah baik.

 

Sumber: [1], [2]


Komen ()