Carian
Google Dan Amazon Akan Hadir Dengan Set Fon Telinga Nirwayar Sebenar Seakan Apple AirPods
December 5, 2018 Fahim Zahar

Apple AirPods adalah set fon telinga nirwayar sebenar pertama di dunia. Ia hadir dengan cip W1 yang mampu membuat sambungan bluetooth yang pantas dan sangat unik. Populariti Apple AirPods ini digemari ramai sehingga banyak pesaing ingin hadir dengan set fon telinga nirwayar sebenar yang seakan dengannya.

Terkini, laporan dari Ming-Chi Kuo – iaitu seorang penganalisa terkenal dengan maklumat berkaitan Apple melaporkan Google dan Amazon turut akan hadir dengan aksesori audio yang seakan sama dengan Apple AirPods. Menurut beliau Goertek dan Unitech adalah pembekal utama untuk Google dan Amazon. Goertek dikatakan akan memasang produk ini, manakala Unitech pula akan membekalkan komponen.

Kita sudah tahu pembantu maya Google dan Amazon adalah antara yang terbaik, iaitu Google Assistant dan Alexa. Jadi, tidak dinafikan kedua-dua syarikat gergasi ini akan mengimplementasikan pembantu maya ini dalam aksesori audio ini. Setakat ini, Google sudah pun ada set fon telinga nirwayar – Pixel Buds. Tetapi ia bukanlah nirwayar sebenar seperti AirPods. Menurut laporan, kedua-dua Google dan Amazon akan hadir dengan aksesori ini pada pertengahan tahun 2019 (2H19).

Alternatif selain Apple AirPods sudah pun melanda di pasaran. Baik dari produk klon atau produk rasmi dari  jenama yang terkenal. Harga pula semestinya jauh lebih murah dari Apple AirPods. Jadi, jika Google dan Amazon hadir dengan aksesori seperti ini – adakah harganya kompetitif atau sama seakan Apple?

Di bawah ini adalah video, untuk salah satu produk seakan Apple AirPods iaitu TicPods Free.

Komen