Cari @ Amanz

Xiaomi Mengacah Telefon Menggunakan Kamera 48-Megapixel – Akan Dilancarkan Januari 2019

Oleh Aman

Link Copied!

Pada tahun ini, kita sedia melihat perlumbaan telefon pintar hadir dengan bilangan sensor kamera tambahan yang membuat beberapa bentuk rakaman berbeza. Menariknya, selain daripadanya, kini ia kelihatan kita mungkin akan turut melihat perlumbaan sensor kamera besar pada telefon pintar pada 2019 kelak.

Xiaomi 48MP

Terkini, Presiden Xiaomi berkongsi sebuah gambar, memperlihatkan penggunaan kamera 48-megapixel padanya. Gambar yang diperlihatkan adalah samar-samar, dan tidak diketahui sama ada akan menyertakan tetapan dwi atau tri-kamera bersama dengannya. Ia juga menjadi tanda tanya sama ada mereka akan menggunakan sensor keluaran Sony ataupun Samsung.

Telefon pintar dengan kamera 48-megapixel ini dijangka dilancarkan oleh Xiaomi pada Januari 2019 kelak.


Komen ()