Cari @ Amanz

Nokia 8.1 Kini Rasmi – Skrin Bertakuk Dan Dijana Cip Snapdragon 710

Link Copied!

Setelah beberapa kali tertiris, Nokia 8.1 akhirnya dilancarkan secara rasmi. Peranti ini terlebih dahulu dilancarkan di China sebagai Nokia 7X. Tiada perubahan spesifikasi dilakukan dan ia masih lagi sebuah telefon pintar dengan skrin bersaiz 6.18-inci FHD+ bertakuk, dijana cip Snapdragon 710, memori 4GB RAM dan storan 64GB.

 

Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah dwi-kamera belakang gabungan 12MP + 13MP dengan lensa Zeiss serta sistem penstabilan imej optikal.  Untuk rakaman swafoto, Nokia 8.1 menyertakan kamera 20-Megapixel di hadapan. Melengkapkan telefon pintar ini adalah bateri berkapasiti 3500mAh, pengimbas cap jari di belakang, dan juga mengekalkan bicu audio 3.5mm.

Peranti hadir dengan sistem operasi Android One 9 terkini. Tiga warna ditawarkan iaitu biru, kuprum dan perak. Terdapat sokongan pengecasan pantas 18W menerusi port USB-C. Harga jualan Nokia 8.1 ialah Euro 399 (~RM 1880) sebuah.


Komen ()