Google Allo Ditamatkan – Akan Berhenti Beroperasi Pada Mac 2019 Kelak

Google Allo Ditamatkan – Akan Berhenti Beroperasi Pada Mac 2019 Kelak

Diterbitkan pada Dis 6, 2018 oleh .

Google hari ini mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan perkhidmatan permesejan Allo pada Mac 2019 kelak.

Google Allo sebelum ini hadir sebagai perkhidmatan permesejan daripada Google, yang mana turut mengintegrasikan sokongan Google Assistant untuk memudahkan pertanyaan pelbagai perkara, selain membalas mesej dengan lebih pantas lagi.

Google Allo

Langkah ini diambil oleh Google dengan fokus mereka terhadap aplikasi Messages yang terbaru daripada mereka. Messages hadir terbina pada peranti Android, dan Google telah sedia mengumumkan kerjasama dengan pelbagai syarikat telekomunikasi untuk menyokong permesejan RCS melalui Messages.

Google turut mengumumkan yang mana sejumlah ciri-ciri Allo telah pun hadir pada Messages – dan mereka mengambil langkah untuk lebih memfokuskan terhadap Messages, dan menghentikan pelaburan untuk Allo.

Bagi pengguna Google Allo, anda boleh mengeksport semua perbualan dan komunikasi anda daripada aplikasi berkenaan sebelum Mac 2019 kelak.


TIPS & ULASAN