Cari @ Amanz

Jika 2018 ialah tahun skrin bertakuk, 2019 kelak dipercayai akan menjadi tahun skrin boleh lipat. Samsung, Huawei dan Oppo ketiga-tiganya mempunyai perancangan memperlihatkan peranti dengan skrin boleh lipat mereka tahun hadapan. Satu masalah teknologi ini ialah skrin plastik terpaksa digunakan kerana kaca tidak mudah dilentur.

Menurut laporan CNET, pihak Corning sedang membangunkan Kaca Gorilla generasi terkini yang boleh dilipat. Prototaip kaca yang diperlihatkan adalah setebal 0.1mm dan apabila dilipat menghasilkan lipatan dengan jejari 5mm.

Kelebihan kaca berbanding plastik ialah ia lebih tahan calar, tidak menghasilkan perubahan warna dan tidak akan melayut selepas dilipat berkali-kali. Tambahan lagi skrin kaca terasa lebih sedap pada hujung jari ketika menatal berbanding skrin plastik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd