Cari @ Amanz

Huawei Y Max Dengan Skrin 7.12-inci Akan Hadir Ke Malaysia Pada 12.12

Oleh Aman

Link Copied!

Huawei Malaysia hari ini telah hadir dengan gambar acah untuk telefon pintar baru dibawah siri-Y, iaitu Huawei Y Max.

Huawei Y Max

Telefon pintar ini memfokuskan kepada penawaran saiz skrin dan juga bateri besar – sekaligus membolehkan para pengguna untuk menikmati pelbagai media pada peranti berkenaan, dan digunakan untuk tempoh masa yang lama.

Huawei Y Max ini hadir dengan skrin 7.12-inci, dilengkapi cip Snapdragon 660, memori 4GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia turut hadir menggunakan bateri 5000mAh.

Huawei Y Max

Dari segi rekaan, telefon pintar ini menggunakan skrin bertakuk kecil, selain menggunakan dwi-kamera dibelakang. Pada kerangka belakang juga, ia membawakan rekaan seumpama kulit – sekaligus kelihatan sedikit premium dan berbeza berbanding peranti lain di pasaran hari ini.

Huawei Malaysia mengatakan ia akan ditawarkan pada 12 Disember 2018 ini – selari dengan jualan hujung tahun 12.12 yang disambut melalui pelbagai platform.


Komen ()