Cari @ Amanz

Fallout 76 ialah permainan komputer terbaru daripada Bethesda, dan ia sering dikecam oleh pemain-pemainnya kerana pelbagai isu, termasuklah permainan yang mempunyai masalah yang banyak, dan juga isu beg kanvas pada edisi Power Armor mereka.

Terkini, beberapa pelanggan Fallout 76 Power Armor yang menghantar tiket sokongan kepada perkhidmatan pelanggan Bethesda telah mengatakan bahawa mereka dapat melihat tiket sokongan pelanggan-pelanggan lain melalui akaun-akaun mereka sendiri.

Butiran-butiran yang dapat dilihat termasuklah nama, alamat kediaman, alamat emel, nombor telefon, nombor kad kredit dan nombor tiket sokongan.

Pada waktu laporan ini ditulis, Bethesda sudahpun sedar akan masalah tersebut, dan telah menutup tirisan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd