Qualcomm Spectra 380 Terbina Di Dalam Snapdragon 855 – ISP Pertama Dengan Computer Vision

Qualcomm Spectra 380 Terbina Di Dalam Snapdragon 855 – ISP Pertama Dengan Computer Vision

Diterbitkan pada Dis 6, 2018 oleh .

Semalam cip pemprosessan peranti mercu Snapdragon 855 telah dilancarkan. Ia menggunakan binaan 7nm dan turut mempunyai sokongan rangkaian 5G terbina. Hari ini, Qualcomm melancarkan Spectra 380 iaitu ISP (Image Signal Processor) dengan kecerdasan buatan terbina. ISP ini terbina terus di dalam cip Snapdragon 855.

Untuk Spectra 380, Qualcomm menghasilkan bukan sahaja ISP biasa – tetapi CV-ISP. CV-ISP adalah Computer Vision – Image Signal Processor, di mana teknologi yang sepatutnya hanya dari perisian dibina terus ke dalam cip. Fungsi ISP adalah memproses imej yang diambil atau dirakam oleh kamera peranti. Dengan Spectra 380, ia membawakan 4 kali ganda penjimatan kuasa. Dengan Computer Vision terbina, CPU, GPU, dan HSP pada peranti tidak perlu dibangunkan untuk menguruskan tugasan kecerdasan buatan bekerja. Kemudian ia turut akan meningkatkan prestasi kemampuan realiti terimbuh.

Jadi, ISP ini akan mampu mengesan secara mendalam, pengklasifikasian objek dan segmen objek boleh diproses secara masa nyata sehingga resolusi 4K 60fps. Untuk rakaman video, ia turut mampu memproses warna HDR10+ (ISP pertama yang berkemampuan seperti ini) dan saiz media sehingga 50% lebih kecil (tetapi kualiti sama). Turut mengejutkan, Spectra 380 ini turut mampu merakam video dalam bentuk mod potret resolusi 4K HDR atau rakaman gerak perlahan 720P HDR. Lain-lain yang ISP ini mampu adalah penstabilan imej melalui Computer Vision, rakaman HEIF, 30% kuasa lebih rendah ketika merakam (secara teori, peranti akan kurang memanas) dan kemapuan Always-Depth (mod potret, AR/VR/XR) 60fps sentiasa hidup.

Bagaimana prestasi dunia sebenar? Itu bergantung kepada pengeluar peranti, jika mereka ingin gunakan semua kebolehan ISP ini untuk aplikasi kamera mereka. Peranti pertama dengan Snapdragon 855 adalah OnePlus, adakah OnePlus akan mengimplementasikan semua kemampuan ISP ini? Sama-sama kita nantikan.

Jika anda ingin tahu spesifikasi penuh Snapdragon 855, hari ini kami telah pun tulis mengenainya. Ia adalah 50% lebih berkuasa berbanding Snapdragon 845.

Baca: Spesifikasi Penuh Snapdragon 855 Di Sini


TIPS & ULASAN