Menjelang 2020, kerajaan Malaysia mensasarkan 20% keperluan tenaga negara akan dijana menerusi sumber lestari. Antara sumber tenaga lestari yang mempunyai potensi untuk mengurangkan pergantungan kepada janaan bahan api fosil ialah solar. Tenaga Nasional Berhad semalam mengumumkan Projek Solar Berskala Besar (LSS) mereka yang terletak di Sepang kini sudah beroperasi.
Ia menyumbang 50 MWac tenaga menerusi 230,000 panel solar yang meliputi kawasan sebesar 98 hektar di Mukim Tanjung 12, Sepang, Selangor. Dengan ini jumlah kuasa yang dijana menggunakan sumber lestari meningkat ke a 73.2 MW. Kos pembinaan LSS dilaporkan sekitar RM300 juta. Langkah seterusnya oleh TNB ialah menjana 1,700 MW menggunakan sumber lestari menjelang 2025.