Cari @ Amanz

Poco adalah sub-jenama dari Xiaomi dan produk mereka adalah Pocophone F1. Pocophone F1 ini dijana dengan Snapdragon 845, skrin 1080p LCD, menggunakan USB-C, dan masih menyertakan bicu audio 3.5mm. Menarik dengan Pocophone F1 ini adalah harga yang ditawarkan, iaitu serendah RM1299 dengan spesifikasi peranti mercu serta RAM 6GB.

Hari ini, Naib Presiden Xiaomi Global – Manu Kumar Jain mengicau di mana Pocophone F1 telah terjual sebanyak 700,000 unit. Mengejutkan lagi, jumlah jualan ini dicapai hanya dalam masa 3 bulan. Poco yang bermaksud kecil dalam bahasa Sepanyol itu nampaknya telah membina satu komuniti yang besar. Di Malaysia, terdapat beberapa Facebook Group untuk Pocophone F1 yang aktif dan tanda tagar #BaikBeliPoco masih lagi menjadi trend. Di XDA pula, terdapat banyak pembangun yang menyokong peranti ini. baik dari modifikasi peranti atau juga custom ROM.

Kemudian, di Google Play Store, pelancar khas Pocophone F1 iaitu Poco Launcher, mencapai lebih 1 juta muat turun. Kehebatan Poco F1 ini boleh dikatakan adalah pembunuh peranti mercu. Adakah anda pembaca Amanz salah seorang daripada pengguna Poco?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd