Cari @ Amanz

12.12 Lazada Super Livestream – Membenarkan Penonton Beli Barangan Ketika Menonton Secara Langsung

Oleh Liyana

Link Copied!

Bermula 8 disember 2018 ini rakyat Malaysia dapat beramah mesra bersama selebriti tempatan menerusi paparan skrin telefon pintar anda secara langsung melalui Super Livestream. Semasa siaran langsung ini, penonton boleh membeli, dan menebus pelbagai baucar eksklusif, mengulas, menghantar emotikon serta berkongsi pautan ke paparan siaran langsung dengan rakan-rakan anda yang lain. Produk eksklusif dan tawaran ini hanya tersedia semasa siaran langsung ini sahaja iaitu, dari 8 hingga 12 Disember ini.

Ciri siaran lansung aplikasi Lazada ini juga dapat memberikan ruang kepada jenama baru dan penjual baharu Lazada untuk melibatkan diri bersama pengikutnya. Platform ini membolehkan pelanggan meningkatkan kesedaran jenama dan produk kepada penonton dan pengguna aktif. Perihal ini memberikan kuasa kepada pengguna untuk menggalakkan jenama dan bertindak balas secara terus dengan penjual dalam masa nyata sewaktu proses pembelian dilakukan.

Selain segmen siaran langsung ini, pengguna turut berpeluang membawa pulang Perodua Axia baru menerusi segmen Slash It dengan tawaran serendah RM0.10. Pengguna hanya perlu mendapatkan 10 baucer dan memerlukan sebanyak 250 slash bagi setiap tuntutan bertuah untuk melakukan penebusan Perodua Axia pada 12 Disember tepat jam 12:12pm.

Pengguna juga berpeluang untuk memenangi wang tunai sebanyak RM5000 yang akan dikreditkan ke Lazada Wallet mereka dengan menggunakan tagar #MYLazada1212. Tag sekurang-kurangnya 2 rakan anda dalam ruangan komen – semakin banyak tag anda, semakin tinggi kemungkinan peluang anda untuk menang. Manakala dengan baucar terkumpul pula membolehkan anda menikmati diskaun tanpa perlu mengingati kod dan secara automatik digunakan semasa pembayaran bayaran dilakukan. Cuma lawati Lazada Wallet anda untuk melihat semua baucer yang terkumpul.

Pengguna juga turut diingat untuk ketik butang “remind me” supaya tidak terlepas peluang untuk pemberitahuan jualan serendah RM0.50 – Crazy Flash Sale pada 10-12 Disember ini. Pelbagai lagi tawaran menarik yang lain diberikan Lazada bersempena #MYLazada1212, untuk mengetahui lebih lanjut sila layari pautan dibawah.


Komen ()