Cari @ Amanz

Ketua pegawai eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Datuk Yasmin Mahmood hari ini mengumumkan peletakan jawatan. Keputusan ini beliau diambil bagi mengambil tugas di sebuah syarikat teknologi di Indonesia. Beliau secara rasmi akan melepaskan jawatan pada 15 Januari 2019.

Jawatan CEO MDEC ini telah disandang beliau sejak 15 September 2014 bagi menggantikan Badlisham Ghazali. Sepanjang empat tahun meneraju MDEC, Datuk Yasmin terlibat dalam projek membangunkan Digital Free Trade Zone (DFTZ) dan juga menggalakkan penyertaan SME di dalam bidang perdagangan atas talian. Sebelum menyertai MDEC, Datuk Yasmin yang berasal dari Pasir Mas Kelantan ini pernah bertugas sebagai pengarah urusan di Microsoft Malaysia dan pengurus besar di Dell serta Hewlett Packard.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd