Cari @ Amanz

Musim perayaan Krismas semakin hampir dan seperti biasa pelbagai promosi mula ditawarkan pengguna yang ingin membelikan hadiah kepada keluarga tersayang. Pada 12 Disember hadapan, Honor Malaysia akan mengadakan jualan 12.12 yang memberikan potongan harga ke atas lima peranti keluaran mereka.

Senarai peranti yang menerima potongan harga ialah Honor 10, Honor View 10, Honor Play, Honor Play Player Edition dan Honor 8X. Selain potongan harga, pihak Honor akan turut memberikan hadiah seperi baucar bernilai RM80, kemeja-T, pelindung skrin dan banyak lagi. Jualan akan dibuka dari 12 hingga 14 Disember ini menerusi kedai dalam talian Honor.

HONOR 12.12 Super Sale
Peranti Harga Promo/ Hara Asal (RM)
*Hadiah
HONOR 10 1,299 /1,399 ·      Baucar RM80

·      HONOR Travel Kit

HONOR V10 1,399/1,599 ·      Baucar RM80

·      HONOR Gift Box

HONOR Play 1,099 ·     Baucar RM80

·      Kerangka HONOR Play

·      Skrin pelindung

HONOR Play (Player Edition) 1,099/1,149 ·      Kerangka HONOR Play

·      Skrin pelindung

·      Kemeja PUBG

HONOR 8X 949 ·    Baucar RM80

·     Fon telinga AM61

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd