Carian
iFlix Hadir Dengan Program Untuk Membantu Penerbit Kandungan Video – iFlix Creators Hub
December 6, 2018 Aman

iFlix kini hadir dengan sebuah program baru hasil kerjasama dengan Next10Ventures, dinamakan sebagai iFlix Creators Hub. Melaluinya, ia ingin membantu para penerbit kandungan untuk menghasilkan kandungan bagi platform iFlix, selain turut menjadi inkubator dalam membantu para penerbit kandungan.

iFlix Creators Hub

Melalui iFlix Creators Hub ini, pihak iFlix ingin mencari penerbit kandungan dengan bilangan pengikut yang tinggi pada platform digital – tidak kira YouTube, Facebook atau Twitch. Untuk tahun pertama ini, iFlix ingin mendapatkan sekitar 30 penerbit kandungan yang akan melalui program khas, dan menerima sedikit dana dalam membantu mereka menerbitkan kandungan.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan diri pada laman iFlix Creators Hub sebelum 1 Februari 2019 ini.

Komen