Facebook hari ini telah mengeluarkan data berkenaan topik perbincangan terhangat di platform mereka sepanjang tahun 2018 ini, pada peringkat global, dan jug di Malaysia.
Seperti ramai sedia maklum, Facebook merupakan salah satu media sosial popular dan digunakan ramai dalam berkongsi pendapat, berbincang dan berkomunikasi. Ini membolehkan pihak Facebook untuk mengumpulkan data berkenaan topik terhangat, dan kini mereka berkongsi mengenainya.
Di Malaysia, lima topik terhangat yang dibincangkan sepanjang 2018 ini melalui Facebook adalah:
- PETRONAS Twin Towers
- Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
- Pavilion KL
- Arena of Stars
- Suria KLCC
Seperti dapat dilihat, ia lebih memfokuskan kepada lokasi – dengan kawasan sekitar KLCC menerajui tiga daripada lima topik hangat yang dibincangkan sepanjang 2018 ini.
Pada peringkat global pula, antara topik hangat yang dibincangkan melalui Facebook adalah termasuk “World Cup”, “Royal Wedding” dan juga “Nelson Mandela 100”.