Peranti OnePlus Bukan Yang Pertama Menggunakan Snapdragon 855 – Menyalahkan Kesilapan Dalam Terjemahan

Peranti OnePlus Bukan Yang Pertama Menggunakan Snapdragon 855 – Menyalahkan Kesilapan Dalam Terjemahan

Diterbitkan pada Dis 6, 2018 oleh .

OnePlus telah pun menerima perhatian ramai pengguna seluruh dunia selepas mengambil pentas utama, dan mengumumkan mereka akan menjadi yang pertama menggunakan cip Snapdragon 855 pada peranti mereka.

Walaubagaimanapun, kini, pengeluar peranti dari China berkenaan menarik kembali kenyataan mereka. OnePlus mengatakan pembentangan mereka sepatutnya adalah “antara yang terawal” dan bukannya “yang pertama”. OnePlus mengatakan kesilapan berlaku ketika terjemahan.

OnePlus 855

Menyentuh mengenainya, pihak Qualcomm seperti tidak kisah mengenainya – dan mengatakan yang mana ia bukan tugas mereka untuk mengumumkan siapakah rakan kerjasama yang pertama menggunakan cip berkenaan.

Kesilapan ini mungkin akan memberikan impak kepercayaan terhadap jenama berkenaan pada pengumuman-pengumuman akan datang. Dan semestinya, pengeluar pertama yang menggunakan cip Snapdragon 855 kini mempunyai “peluru” tambahan untuk “menembak” OnePlus.


TIPS & ULASAN